Johor Terima RM9.25 Juta, Laksana 7 Program/Projek Perkasa Industri Agromakanan

Alhamdulillah, terima kasih kepada Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) di atas kelulusan sebanyak RM9.25 juta (Fasa 1) bagi pelaksanaan program/projek memperkasa agenda keterjaminan makanan, menerusi Program Kerjasama Antara KPKM & Kerajaan Negeri Johor Tahun 2025.

Antaranya program/projek yang diluluskan, meliputi;
1. Program Memperkasa Industri Agromakanan Tanaman & Komoditi Berpotensi,
2. Program Memperkasa Pembangunan Industri Asas Tani,
3. Program Johor Future Agropreneur (JFA),
4. Pemerkasaan Projek Agromix Segamat Fasa 3,
5. Projek Pembangunan High-Tech System Di Pusat Memproses Makanan Fama (PMMF) Rengit,
6. Projek Peningkatan Produktiviti Fertigasi Golden Melon PPK Pekan Nanas,
7. Pembangunan Sistem Mekanisasi Dan Automasi Jentera Ladang Nanas MD2.

Kerajaan Negeri akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan segala peruntukan pembangunan yang diterima ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan objektif yang disasarkan dapat dicapai.

Untuk itu, kami ambil inisiatif awal bagi mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak KPKM dan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan program/projek ini, untuk memastikan gerak kerja dapat dimulakan segera dan dapat diselesaikan mengikut garis masa yang ditetapkan, atau lebih awal. Insya Allah.