Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sekolah Agama Johor 2024
Saya ke Majlis Pengisytiharan Keputusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi Sekolah-sekolah Agama Johor bagi tahun 2024
Alhamdulillah peningkatan keputusan yang baik diperolehi. Peratus kelulusan dan cemerlang turut bertambah.
Bahkan saya umumkan tadi bahawa sekolah-sekolah yang berjaya mencapai gred kumulatif terbaik di peringkat negeri wajar diganjari dengan bantuan kewangan. Nilai hadiah kecemerlangan peringkat Negeri Johor kepada anak-anak juga akan dinaikkan bermula tahun ini.
Ini bagi mengiktiraf segala penat lelah guru-guru anak-anak dan ibu bapa yang terus menyokong sistem Pendidikan Islam di Johor.
Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan secara online juga tadi saya lancarkan.. ibu bapa dan anak-anak boleh mula memeriksa sendiri keputusan peperiksaan masing-masing secara dalam talian mulai hari ini.