Jom Bangsa Johor Kita Penuhkan Stadium Sultan Ibrahim Esok!

Esok akan berlangsung aksi terakhir Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) menentang wakil dari Korea Selatan, Pohang Steelers.

Ayuh Bangsa Johor selaku pemain ke-12 JDT kita teruskan momentum sokongan dan turun beramai-ramai membanjiri Stadium Sultan Ibrahim malam esok.

Insya-Allah berbekalkan semangat dan laungan ‘lautan’ Merah Biru esok, pasukan JDT akan membawa 3 lagi mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan A.

Luaskan Kuasamu Johor!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah