Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) 01/2025 Siri Pertama Bagi Daerah Johor Bahru
Alhamdulillah, pagi tadi saya bersama Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Mohd Masni Wakiman mempengerusikan bersama Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Bilangan 01/2025 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Johor Bahru.
Siri Pertama MTD Bilangan 01/2025 pagi tadi membabitkan enam Dewan Undangan Negeri iaitu Larkin, Stulang bagi Parlimen Johor Bahru; Permas dan Johor Jaya bagi Parlimen Pasir Gudang dan Puteri Wangsa dan Tiram bagi Parlimen Tebrau.
Pelbagai isu dan perkara berbangkit di kawasan masing-masing diutarakan dan dijawab terus oleh jabatan/agensi yang turut dijemput bersama-sama dalam mesyuarat ini.
Insya-Allah, Siri Kedua membabtikan empat lagi DUN iaitu Kota Iskandar, Skudai bagi Parlimen Iskandar Puteri serta Kempas dan Skudai bagi Parlimen Pulai akan diadakan pada lusa (Rabu).
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah