Keceriaan Murid Tahun Satu di SK Bagan
Pagi ini #RumahOrangSemerah tinjau anak – anak tahun 1 Sekolah Kebangsaan Bagan. Sekolah ini terletak dalam DUN Semerah.
Alhamdulillah, seramai 21 pelajar tahun 1 di Sekolah ini dapat menyesuaikan diri pada hari pertama persekolahan.
Para pelajar kelihatan ceria. Tahniah guru kelas Pn Alimah Mahmod dapat mewujudkan suasana yang selesa kepada mereka.
Menurut Mohd Zain Sian, Guru Besar SK Bagan, Sekolah ini mempunyai seramai 130 pelajar dan 22 orang pelajar PRA Sekolah.
Tahniah anak – anak, semoga cemerlang dan menjadi anak yang berjaya.