Karnival Bazar Deepavali
Syukur Alhamdulillah, saya amat berbesar hati dapat bersama masyarakat India dalam Karnival Bazar Deepavali yang berlangsung penuh warna dan kemeriahan di Little India, Johor Bahru.
Karnival ini bukan sekadar ruang untuk membuat persiapan Deepavali, tetapi turut mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana di Little India, manakala para peniaga tempatan menampilkan pelbagai jualan menarik yang menambah seri perayaan.
Dalam kesempatan ini, Kerajaan Negeri turut menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena perayaan Deepavali sebagai tanda kasih dan keprihatinan kepada masyarakat India. Saya amat berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada setiap keluarga untuk meraikan Deepavali dengan penuh makna.
Deepavali melambangkan cahaya kebaikan yang menyatukan kita semua. Semoga semangat perpaduan, kasih sayang dan saling menghormati ini terus menjadi kekuatan Bangsa Johor menuju masa depan yang lebih makmur dan harmoni. Insya-Allah.
Deepavali Nal Vaazhthukkal!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #Deepavali2025




