Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Johor

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Johor yang diadakan di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Mesyuarat ini menghimpunkan kepimpinan UMNO di seluruh negeri bagi memperkukuh hala tuju serta memperkemas gerak kerja parti di semua peringkat. Fokus utama kita adalah memastikan kebajikan rakyat terus terbela, ekonomi negeri terus makmur, dan setiap dasar kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

UMNO Johor sentiasa komited menjadi parti yang bekerja untuk rakyat dalam memperjuangkan kebajikan, kestabilan dan pembangunan di setiap lapisan masyarakat. Hal ini selaras dengan agenda Maju Johor 2030 yang menekankan kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi saksama, pendidikan berkualiti serta kemajuan yang inklusif untuk semua.

Saya menyeru agar kita terus rapatkan saf demi agama, bangsa dan tanah air tercinta. Semoga UMNO Johor akan terus menjadi benteng kekuatan rakyat dalam merealisasikan aspirasi Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030 demi memperjuangkan hak rakyat serta membina Johor yang lebih gemilang, maju dan sejahtera. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor 

#BangsaJohor #MajuJohor #UMNOJohor #UMNODuluKiniDanSelamanya