Keberkatan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Johor
Menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor atas perkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-69 dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2025M/1446H.
Syukur Alhamdulillah, saya dan isteri berpeluang mengiringi dan menyaksikan alunan merdu Qari dan Qariah yang mengagumkan, menggemakan ayat-ayat suci Al-Quran di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor. Suasana penuh keberkatan itu tentunya memberi impak mendalam terhadap penghayatan agama di kalangan Bangsa Johor.
Pada majlis yang penuh bermakna itu, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengurniakan hadiah kepada pemenang lelaki dan Johan keseluruhan daerah, manakala YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor pula mengurniakan hadiah kepada pemenang wanita.
Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohammad Zakiuddin bin Hanafi yang telah dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran bagi kategori lelaki dan Saudari Ummi Radhwa binti Mohd Zulkifli yang menggungguli kategori wanita. Kedua-dua mereka akan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.
Tidak lupa, tahniah juga kepada para pemenang Hafazan dalam kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk, dan 1-30 juzuk bagi Qari dan Qariah. Daerah Muar turut diiktiraf sebagai Johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini, sekaligus membanggakan seluruh negeri Johor.
Semoga program ini terus menjadi medan untuk memperkasa syiar Islam, melahirkan generasi Al-Quran yang bukan sahaja fasih dalam bacaan, tetapi juga menghayati serta mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.
Allah Peliharan Sultan

Allah Berkati Johor