Rombongan Lawatan JKKR Felda Tenggaroh 6 ke Yayasan Warisan Johor

Rombongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Tenggaroh 6 telah mengadakan lawatan ke Yayasan Warisan Johor (YWJ) dalam usaha memperkukuhkan pemahaman dan apresiasi terhadap warisan serta kebudayaan negeri Johor.

Lawatan ini dipengerusikan oleh Encik Subra, Pegawai Khas kepada YB Tuan Raven Kumar Krishnasamy dan disambut baik oleh pihak YWJ yang berperanan mempromosikan seni serta warisan Johor.

Program seperti ini menjadi platform penting dalam memperkasa hubungan antara komuniti dan institusi budaya, sekaligus memastikan warisan negeri terus dihargai oleh generasi kini dan akan datang.