Penilaian KPI dan Langkah Penambahbaikan Pengurusan Pengairan dan Saliran di Johor

Selesai sesi perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menilai pencapaian KPI serta merancang langkah-langkah penambahbaikan dalam pengurusan pengairan dan saliran di Johor.

Dalam menghadapi perubahan cuaca yang semakin tidak menentu, kecekapan sistem pengairan menjadi keutamaan. Ia bukan sekadar usaha mengurangkan risiko banjir, tetapi juga memastikan tanah pertanian kekal subur dan produktif demi kelangsungan sektor pertanian negeri.

Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan JPS perlu terus diperkukuh bagi mencapai sistem pengairan dan saliran yang lebih moden dan berdaya tahan. Dengan usaha berterusan, kita dapat mengurangkan risiko bencana serta melindungi nyawa dan harta benda rakyat.

Semoga setiap langkah yang diambil membawa Johor ke tahap pembangunan yang lebih maju, selaras dengan aspirasi Maju Johor. InsyaAllah