Keluarga di Simpang Renggam
Syukur Alhamdulillah, hati saya sentiasa gembira setiap kali dapat balik ke kawasan berjumpa dengan keluarga saya di Simpang Renggam.
Program dimulakan dengan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Falah, Simpang Renggam dan beramah mesra dengan peduduk setempat. Dalam masa yang sama, saya berpeluang menyerahkan bantuan komputer riba tajaan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada 10 orang pelajar di Simpang Renggam.
Kemudian, saya berkesempatan menziarahi Puan Nur Aisah binti Mohd Daud di Taman Purnama, Puan Asnah binti Dollah di Taman Renggam Jaya dan Encik Mohd Rashid bin Arahad di Renggam, dimana mereka sedang diuji ketika ini. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
Selesai ziarah kasih, saya telah dibentangkan Laporan Kemajuan Pembangunan Simpang Renggam bagi tahun 2024 dan Pelan Perancangan Pembangunan Simpang Renggam bagi tahun 2025. Semoga segala usaha yang telah dirancang dapat direalisasikan dan seterusnya memberi limpahan manfaat buat warga Simpang Renggam.
Lawatan saya diakhiri dengan Program Sembang Santai bersama pemimpin masyarakat dan warga tempatan Simpang Renggam. Sesi sembang santai ini penting bagi merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan masyarakat setempat selain memperkukuhkan kerjasama dalam menyelesaikan isu-isu serta memperbaiki kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut.
Semoga hubungan kekeluargaan ini akan terus utuh dan membawa kebaikan kepada kita semua.
Insya-Allah.
Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor