Kerjasama Ekonomi dan Sosial antara Johor dan Qatar
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan mengiringi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang telah dijemput oleh His Excellency Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan pelbagai peluang kerjasama ekonomi dan sosial antara Johor dan Qatar.
Pertemuan ini adalah sebahagian daripada usaha proaktif DYAM Pemangku Sultan Johor dalam merintis jalan baharu bagi meningkatkan kedudukan ekonomi Johor di peringkat global. “It is a proactive effort to create economic waves and opportunities for Johor at a global level.”

Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan dan komitmen yang luar biasa untuk menghubungkan Johor dengan negara-negara utama di dunia. Hubungan dua hala ini penting bagi membuka peluang-peluang besar untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat, serta mewujudkan peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial yang lebih baik buat rakyat Johor.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat dan memberi manfaat besar kepada Johor. Dengan sokongan dan kerjasama yang berterusan, Kerajaan Negeri yakin Johor akan terus maju dan membangun menjadi sebuah negeri yang berdaya saing dan berpengaruh di peringkat antarabangsa. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor