🎊ZIARAH SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025: RAIKAN KEJAYAAN, CIPTA KEBAHAGIAAN! 🎊

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang amat bermakna bagi masyarakat Cina di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Perayaan ini bukan sahaja diraikan dengan penuh meriah, malah menjadi waktu terbaik untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan melalui tradisi ziarah-menziarahi.

Petang tadi saya berkesempatan berziarah ke beberapa rumah sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Sumbangan berupa barangan dan juga sedikit wang tunai telah saya serahkan. Moga ianya sedikit sebanyak dapat membantu.

Dalam suasana kunjungan ini, pelbagai perbualan hangat mengenai perkembangan keluarga, kenangan lama, serta harapan untuk tahun yang mendatang turut menjadi topik utama. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan, malah memperkukuh nilai-nilai kekeluargaan dan persahabatan yang semakin penting dalam kehidupan moden yang serba sibuk.

Ziarah sempena Tahun Baru Cina bukan sekadar amalan budaya, tetapi satu manifestasi kasih sayang, perpaduan, dan keharmonian yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri Johor dibawah urustadbir YAB Dato Onn Hafiz Ghazi.

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada semua, serta memperkukuhkan hubungan antara kaum demi keharmonian Bangsa Johor yang berbilang budaya.

Terima Kasih sudi menjemput saya dan juga sudi bersama,
En Chen Fang Chong – Ketua Bahagian MCA Kulai, En Derren – Naib Ketua Bahagian MCA Kulai, En Wong Pow Kyan – SU MCA Bahagian Kulai, En Din Mohammad – Ahli Majlis MPKu dan Tok Azizan – Ketua Kampung Sengkang.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua! Gong Xi Fa Cai! 🎇🏮

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ALLAH BERKATI JOHOR