Komitmen Meningkatkan Kemudahan dan Kebersihan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor

Saya ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang pagi tadi.


Tn Hj Md Radhi Roslan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Tn Safri Pengetua SMAKJ ada sama..Abam Izzat Ariss pun ada sekali.

2 jam lebih jugak saya tinjau keadaan sekolah dan asrama. Kemudahan dan persekitaran Sekolah pun saya semak. Beberapa penambahbaikan perlu dibuat segera.

Mengenai kebersihan dan persekitaran Sekolah, saya bercakap tadi dengan kontraktor kebersihan sekolah ini. Saya tegaskan TIADA ALASAN UNTUK BERI ALASAN KEPADA MUTU KEBERSIHAN!! Saya sudah minta dipastikan mutu kerja semua kontraktor kebersihan di semua Sekolah – Sekolah Agama Kerajaan Johor PADA TAHAP TERTINGGI!!

Isu ‘leaking’ di kawasan bilik air dan tangki air perlu diselesaikan segera. Masalah tekanan air rendah juga perlu diselesaikan. Jika tidak lagi teruk kesannya.

Almari dan katil di asrama yang uzur saya sudah arahkan segera diganti. Perkara kecil jangan sampai jadi besar.

Saya juga minta pengusaha kantin supaya meletakkan senarai menu dan harga yang ditetapkan. Ia akan mendidik anak-anak kita supaya mengurus kewangan dan perbelanjaan mereka. Kadang-kadang benda kecik, tapi kesan baiknya beso.

Saya berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa berusaha memastikan Sekolah kita berada dalam keadaan terbaik untuk anak-anak kita.

Teruskan kerja kuat kita dalam tugasan. Semoga Allah merahmati kita. Aamin