Komitmen Sekolah Rintis Bangsa Johor dan Ibu Bapa Dalam Memacu Kecemerlangan Pendidikan
Keterujaan ibu bapa jelas terpancar melalui pelbagai soalan yang diajukan sepanjang sesi libat urus hari ini, hal ini membuktikan kepekaan dan keprihatinan mereka terhadap inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor dalam membentuk masa depan pendidikan anak-anak.
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang bersama lebih 300 ibu bapa murid-murid di SMK Seri Kota Puteri 2 dan SK Seri Kota Puteri 4, dalam satu sesi libat urus yang penuh bermakna. Perbincangan yang konstruktif ini mencerminkan keprihatinan kita dalam memastikan hala tuju pendidikan yang lebih cemerlang.
Kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa amat penting dalam merealisasikan pendidikan yang holistik dan inklusif. Sesi ini turut memberi pencerahan mengenai empat teras utama SRBJ: pemantapan Bahasa Inggeris, penguasaan STEM, penilaian pencapaian standard, serta pendidikan lepasan SPM.
Saya yakin, dengan iltizam dan kesepakatan yang kukuh, kita mampu melahirkan anak-anak Bangsa Johor yang cemerlang, berdaya saing, dan berjiwa besar. Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasakan demi masa depan yang lebih gemilang.