Komuniti Sekawan Desa Meriahkan Malam BBQ dan Penyerahan Sumbangan

Alhamdulillah, suasana meriah mengiringi majlis BBQ yang diadakan malam tadi bersama pemuda, belia, dan ahli-ahli UMNO Cawangan Sekawan Desa. Pelbagai hidangan dibakar, mencerminkan semangat kebersamaan dan muhibah dalam komuniti.

Selain itu, alatan sukan turut diserahkan kepada pemuda, belia, serta Puteri dan Wanita UMNO. Gelanggang futsal yang telah siap dinaik taraf kini boleh digunakan dengan lebih selesa, terang, dan selamat. Semoga ia dimanfaatkan untuk aktiviti riadah dan sukan.

Bagi anak-anak sekolah, beg sekolah diberikan sebagai tanda sokongan agar mereka lebih bersemangat untuk belajar. Semoga terus berjaya dalam pelajaran.

Ini kampung kita, marilah kita jaga bersama demi kesejahteraan semua.