Kunjung Hormat: Memperkukuh Hubungan, Memperkasa Kerjasama

Dalam usaha memperkukuh hubungan strategik dan memperkasakan jalinan kerjasama, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pejabat saya pagi tadi.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, memperluaskan jaringan, serta merangka inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kami percaya bahawa jalinan erat ini bukan sahaja membuka peluang baharu, malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim serta kepercayaan dalam mencapai visi dan misi bersama. Saya juga telah meluluskan beberapa sumbangan untuk pelbagai aktiviti dan baikpulih bangunan PPD KULAI.

Terima kasih atas komitmen berterusan dalam membina sinergi pendidikan yang lebih kukuh demi kemajuan Bangsa Johor bersama seperti yang telah digagaskan oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi dalam merangka kemajuan Negeri Johor ini.

Terima kasih kerana sudi berkunjung tadi :-
En Razali Bin Tamadi – Pegawai PPD Kulai, Tn Hj Mohd Yusof bin Katmi – Timb. PPD Perancangan, En Mohd Suhaimi bin Mohamad Ali – Timb. PPD Sektor Pengurusan Sekolah, En Mohd Zharif Safwan bin Zakaria – Penolong PPD Menengah dan Tingkatan 6.

Allah Perliharakan Sultan
Allah berkati Johor