Lawatan Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Johor ke Tanjung Balai Karimun

Dalam siri Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor ke Tanjung Balai Karimun, kami mengadakan lawatan ke Orang Asli Desa Teluk Setimbul.

Kedatangan kami telah disambut oleh Encik Kim sebagai Ketua Masyarakat serta pimpinan dan penduduk kampung. Terdapat 30 ketua keluarga dan hampir 300 orang penduduk dengan nelayan sebagai pekerjaan utama.

Kami dimaklumkan penduduk di sini lebih berdikari dalam banyak perkara kerana tiada bantuan khusus untuk masyarakat Orang Asli dari pihak pemerintah, berbanding masyarakat Orang Asli di Johor.

Kerana itu, saya ambil kesempatan mengajak pimpinan masyarakat Orang Asli Johor yang turut serta dalam program ini untuk sentiasa bersyukur atas keistimewaan yang dikecapi selama ini dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin.

Sudah tentu, usaha berterusan dari semasa ke semasa akan kita laksanakan bersama bagi membangunkan lagi kampung dan masyarakat Orang Asli di Johor.

Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor ini disertai Pengarah dan Pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor serta pimpinan masyarakat Orang Asli seluruh Negeri Johor.