Larian Hari Sarapan Milo Jayakan Agenda Xtif Johor!
Alhamdulillah awal pagi tadi saya berkesempatan bersama-sama ribuan yang hadir menjayakan agenda Xtif Johor sempena Hari Sarapan MILO Malaysia 2025 yang berlangsung di Educity, Iskandar Puteri.
Saya turut menyempurnakan acara pelepasan (flag-off) Larian MILO sejauh tiga (3) kilometer. Turut diadakan Pelancaran Ulangtahun ke-75 Milo Malaysia.
Turut bersama pagi tadi ialah Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, YB Dato’ Noorazam Osman; Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd Rashidi dan Ms. Ng Su Yen, Eksekutif Perniagaan MILO Malaysia.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah