Lawatan Kerja Dan Pertemuan Strategik Bersama Gotion High-Tech Co., Ltd. di Shanghai, China
Syukur Alhamdulillah, saya bersama delegasi Johor berkesempatan mengadakan lawatan kerja dan pertemuan strategik bersama Gotion High-Tech Co., Ltd. di Shanghai, China, bagi memuktamadkan perbincangan pelaburan berimpak tinggi untuk negeri Johor.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada usaha merealisasikan penubuhan fasiliti pembuatan bateri litium termaju di Johor, yang bakal meletakkan negeri ini sebagai hab serantau bagi pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) dan sistem penyimpanan tenaga.
Kerajaan Negeri melihat pelaburan ini sebagai pelaburan jangka panjang untuk rakyat Johor. Gotion berperanan sebagai peneraju OEM dan teknologi, meliputi pembuatan pek bateri, integrasi modul serta aktiviti bernilai tinggi dalam rantaian teknologi bateri dan pengurusan tenaga. Ekosistem ini akan membuka ruang luas kepada industri tempatan untuk berkembang bersama pemain global.
Semoga kerjasama ini dapat menyokong agenda peralihan tenaga hijau, memperkukuh daya saing ekonomi Johor, dan memastikan hasil pembangunan negeri dipulangkan semula kepada rakyat melalui peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan masa depan yang lebih mampan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Joho
Kepada Allah Kita Berserah




