Lawatan Kerja ke Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru
Selesai sahaja sesi Taujihat di PPAJ, saya berbesar hati membuat Lawatan Kerja ke Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru dalam usaha memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang inklusif dan mesra komuniti setempat.
Lawatan ini bertujuan menilai fasiliti dan infrastruktur terkini yang tersedia di perpustakaan. Pelbagai cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memastikan keselesaan pengunjung, termasuk ruang bacaan yang lebih kondusif, teknologi terkini, dan perkhidmatan digital yang mampu memenuhi kehendak generasi hari ini.
Dengan peningkatan kemudahan ini, diharapkan lebih ramai masyarakat akan menjadikan Perpustakaan Sultan Ismail sebagai destinasi utama untuk menimba ilmu dan memastikan perpustakaan ini terus relevan dalam menyokong keperluan pembelajaran dan literasi masyarakat khususnya bagi komuniti Johor Bahru.