SOKONGAN TANPA SEMPADAN: PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK ANAK-ANAK CEREBRAL PALSY JOHOR
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan ke Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor bagi berbincang mengenai penyelarasan dan hala tuju sekolah ini dalam mendapatkan bantuan kos perbelanjaan dan pengurusan.
Hal ini memastikan setiap keperluan dan sokongan diberikan dengan sepenuh hati demi menjaga kualiti pendidikan serta kebajikan pelajar istimewa ini.
Komitmen padu daripada semua pihak khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencerminkan kesungguhan kita untuk terus memartabatkan pendidikan khas di negara ini.
Semoga langkah ini menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih cerah buat anak-anak istimewa kita.
Turut sama, YBM Tunku Fatimah binti Almarhum Tunku Tan Sri Osman, Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor; YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor; Encik Hishamuddin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.