Sesi Taujihat bersama warga Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ)
Syukur Alhamdulillah selesai sahaja di RTM Johor, saya terus menghadiri Sesi Taujihat bersama warga Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ).
Perpustakaan bukan sekadar tempat menyimpan buku, tetapi sebuah pusat ilmu yang menjadi pemangkin kecemerlangan masyarakat. Komitmen warga kerja PPAJ amat dihargai dalam memastikan perpustakaan kekal relevan dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi kini dan akan datang.
Sesi ini juga membuka ruang untuk berkongsi pandangan, memperkukuh hubungan, serta menetapkan halatuju pencapaian PPAJ tahun 2025 untuk terus komited dalam merealisasikan inisiatif Maju Johor menjelang tahun 2030.
Saya percaya dengan usaha yang berterusan mampu menjadikan PPAJ terus maju ke hadapan, memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi, dan mencipta impak positif kepada seluruh Bangsa Johor.