Lawatan Mengejut Ke CIQ BSI
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Petang tadi, saya telah melakukan lawatan mengejut ke CIQ BSI.
Saya amat kecewa apabila dimaklumkan terdapat gangguan sistem yang berlarutan lebih 24 jam dan menjejaskan kelancaran urusan keluar masuk, sehingga menyebabkan kesesakan.
Perkara ini telah saya panjangkan terus kepada pihak berkaitan di peringkat Persekutuan. Saya menggesa agar langkah segera dapat diambil bagi memastikan isu ini tidak berulang lagi. Kita memerlukan satu sistem pengoperasian yang cekap, konsisten dan mampu berfungsi pada tahap maksimum setiap masa.
Seperti yang pernah saya tegaskan sebelum ini, meskipun terdapat sedikit penambahbaikan dalam pengurusan kesesakan, ia masih belum memadai. Pengoperasian di pintu sempadan negara masih belum mencapai tahap kecekapan yang kita harapkan.
Kelemahan seperti ini bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah boleh menjejaskan imej negeri dan negara di mata dunia kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama yang paling sibuk di rantau ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor




