Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran The Old Putera Association (OPA)
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Pengalaman di RMC merupakan kenangan manis yang akan sentiasa terpahat dalam hati saya.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan anjuran The Old Putera Association (OPA). Ia merupakan sebuah pertemuan penuh bermakna bagi saya apabila dapat berjumpa dan bersua dengan keluarga besar alumni Maktab Tentera Diraja (Royal Military College, RMC).
Saya amat berterima kasih kerana menerima pengiktirafan Old Putera of the Year daripada OPA. Anugerah ini bukan sekadar penghormatan dan penghargaan, tetapi juga peringatan bahawa setiap kejayaan hadir bersama amanah dan tanggungjawab besar untuk terus berkhidmat dan berbakti sejajar dengan moto RMC, “Berkhidmat Memimpin”.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Michael Yam, Presiden OPA, seluruh barisan kepimpinan, dan seluruh warga alumni.
Kepada batch mates saya BSS95, walaupun pertemuan kali ini singkat, ia amat bermakna buat saya apabila dapat bertemu, beramah mesra dan mengeratkan kembali silaturahim dengan sahabat-sahabat lama. Semoga semangat ‘brotherhood’ ini akan terus utuh dan menjadi pemangkin untuk kita semua terus menyumbang kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor




