Majlis Pelancaran Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025

Syukur Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 telah berlangsung dengan penuh jayanya di Persada Johor, Johor Bahru. Majlis ini merupakan permulaan kepada gerakan besar dalam memperkasa usahawan Johor menghadapi era perniagaan yang semakin dinamik.

JBSE 2025 menghimpunkan lebih 2,600 peserta daripada pelbagai sektor termasuk usahawan tempatan, pemain industri, agensi kerajaan dan delegasi antarabangsa. Platform ini menjadi ruang penting untuk menjalin kerjasama strategik, bertukar pandangan serta meneroka peluang baharu yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi Johor ke tahap lebih tinggi.

Melalui penganjuran ini, Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai negeri yang berdaya saing dan terbuka kepada pelaburan baharu. Inisiatif ini menandakan langkah strategik Kerajaan Negeri dalam memperkukuh daya tahan ekonomi serta membuka laluan ke arah pertumbuhan keusahawanan yang mampan dan berimpak tinggi.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai program serta skim pembiayaan seperti TEKUN, PERNAS dan Perbadanan Usahawan Johor (PUJB). Saya positif pendekaran ini akan memastikan lebih ramai usahawan tempatan mendapat peluang setara untuk berkembang. 

Semoga penganjuran JBSE 2025 menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan Johor yang berdaya saing, inovatif dan berjiwa besar, seterusnya memperkukuh ekonomi negeri. Insya-Allah. 

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor