Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor Bil.1/2025 di Kota Iskandar
Syukur Alhamdulillah, tiga polisi penting mengenai kelestarian alam sekitar telah dipersetujui semasa Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor Bil.1/2025 di Kota Iskandar.
Tiga polisi yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat adalah seperti berikut:-
1. Polisi Tenaga Boleh Baharu Johor 2030 dan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Tenaga Boleh Baharu Johor yang memberi fokus kepada pemerkasaan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama untuk masa depan yang lebih bersih.
2. Polisi Pengangkutan Hijau Negeri Johor dan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) dengan memperkenalkan langkah-langkah untuk mobiliti hijau melalui penggunaan kenderaan elektrik dan pembangunan infrastruktur pengecasan yang lebih baik.
3. Polisi Perubahan Iklim (Mitigasi Banjir) Johor 2030 dan Garis Panduan Sistem Amaran Awal Banjir. Tindakan bersepadu dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan meningkatkan kesiapsiagaan banjir di negeri Johor.
Kerjasama semua pihak amat penting, terutamanya pihak PBT, pemaju, dan agensi-agensi kerajaan. Saya juga memohon agar status Gerak Kerja Jawatankuasa Kerja Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor dikemas kini, supaya kita dapat bergerak seiring dan memastikan segala dasar yang dirancang serta penambahbaikan yang diperlukan dapat disegerakan dan dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.
Saya berharap agar hasil perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor Bil.1/2025 ini dapat dilaksanakan dengan segera demi mencapai visi hijau Johor 2030. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor