Penyerahan Sumbangan Bantuan Bilik Guru untuk Sekolah Agama di DUN Tanjung Surat
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menghadiri Sesi Penyerahan Sumbangan Bantuan Bilik Guru bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2024 untuk kawasan DUN Tanjung Surat di Sekolah Agama Taman Bayu Damai, Pengerang.
Sebanyak 14 sekolah agama menerima sumbangan ini, dengan setiap sekolah diperuntukkan RM 5,000 bagi menaik taraf dan menambah baik fasiliti di bilik guru masing-masing.
Semoga inisiatif ini dapat memberi keselesaan kepada para guru dalam melaksanakan tugas mendidik anak-anak kita dengan lebih baik.