Merasmikan Program Jom ke Sekolah 2025 Daerah Kota Tinggi
Bertempat di Sekolah Menengah Pengerang Utama, Taman Bayu Damai, Pengerang
Program ini bukan sekadar satu inisiatif pendidikan, tetapi ia merupakan satu komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya anak-anak kita, mendapat kelengkapan sekolah yang baik bagi memastikan keselesaan mereka untuk belajar di sekolah. Inisiatif ini juga bertujuan mengurangkan bebanan perbelanjaan ibu bapa menjelang sesi persekolahan yang bakal menyusul.
Seramai 500 pelajar di daerah Kota Tinggi telah menerima sumbangan peralatan sekolah, membuktikan keprihatinan dan usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Yayasan Taqwa dan MAIWP atas sumbangan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi demi memastikan anak-anak kita dapat memulakan persekolahan dalam keadaan yang baik. Ucapan terima kasih juga kepada Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor atas penganjuran program ini.
Semoga program ini memberikan manfaat besar kepada semua pihak, khususnya para pelajar.