Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia – Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM)
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia – Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri Ekonomi, YB Tuan Mohd Rafizi Ramli; Menteri Pembangunan Negara Singapura, Mr Desmond Lee; dan Menteri Pengangkutan Singapura, Mr Chee Hong Tat.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Menteri Ekonomi, YB Tuan Mohd Rafizi Ramli; Menteri Pembangunan Negara Singapura, Mr Desmond Lee; dan Menteri Pengangkutan Singapura, Mr Chee Hong Tat.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkenaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal dimeterai antara Malaysia dan Singapura semasa Leaders Retreat pada awal Disember ini.
Mesyuarat khas ini telah mengambil kira dan memperhalusi semua maklum balas serta pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan dalam memuktamadkan perjanjian JS-SEZ bagi memastikan keseimbangan ekonomi dapat dinikmati secara holistik oleh kedua-dua negara.
Semoga cadangan dan hasil perbincangan yang dikemukakan dalam JMCIM ini dapat melonjakkan lagi trajektori ekonomi melalui JS-SEZ, serta mengukuhkan kesalinghubungan kedua-dua negara. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor