Sumbangan Kelengkapan Sekolah untuk Murid di DUN Endau

Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan meluangkan masa di Dewan Jubli Intan, Mersing, bagi menyempurnakan Program Kembali Ke Sekolah untuk kawasan DUN Endau.

Program ini merupakan satu inisiatif penting bagi memastikan anak-anak kita mendapat kelengkapan yang sempurna untuk memulakan sesi persekolahan dengan penuh semangat dan keyakinan.

Seramai 200 murid dari kawasan DUN Endau menerima manfaat daripada program ini, di mana setiap seorang menerima set pakaian seragam sekolah, beg sandang, dan kasut baharu.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta memberi motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka.

Turut sama, Tuan Hj Mohd Youzaimi Hj Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Endau; Tuan Haji Jamil Hasni Abdullah, Pegawai Daerah Mersing.