Majlis Perasmian Cawangan Maybank Forest City dan Majlis Pengiktirafan Kerjasama Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ)

Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri Majlis Perasmian Cawangan Maybank Forest City dan Majlis Pengiktirafan Kerjasama Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ)

Pembukaan cawangan baharu Maybank di Forest City bukan sekadar perluasan rangkaian perbankan, tetapi simbol kepercayaan institusi kewangan utama negara terhadap potensi besar Johor sebagai hab ekonomi serantau. Ia turut menzahirkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem kewangan dan pelaburan yang akan mendorong pertumbuhan mampan serta peluang baharu buat rakyat.

Kerjasama strategik melalui JS-SEZ pula menjadi pemacu gelombang baharu ekonomi Johor–Singapura, dengan aliran pelaburan bernilai tinggi, pewujudan ribuan pekerjaan berkualiti, serta kemasukan kepakaran global sekali gus membuktikan bahawa Johor berada di landasan tepat untuk muncul sebagai kuasa ekonomi baharu rantau ASEAN.

Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen Maybank yang bukan sahaja menyalurkan kemudahan kewangan kepada projek-projek strategik JS-SEZ, tetapi turut menyokong pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Usaha ini mencerminkan semangat kerjasama sejati antara sektor awam dan swasta dalam menjayakan transformasi ekonomi Johor secara inklusif dan berimpak tinggi.

Dengan dukungan semua pihak, saya yakin kerjasama ini akan terus membuahkan hasil yang besar buat negeri dan rakyat Johor. Semoga langkah ini menjadi permulaan kepada kejayaan yang membanggakan sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai kuasa ekonomi serantau yang mampan, berdaya saing dan disegani. Insya-Allah. 

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #IMFCJ #SFZ