Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Johor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 21 April 2025.

Menerusi kerjasama antara Johor dan SKMM ini, pelbagai inisiatif baharu akan dilaksanakan termasuk pembangunan infrastruktur digital, peluasan liputan 5G di kawasan-kawasan strategik, memperluas liputan rangkaian Internet, pembangunan literasi digital rakyat dan pelaksanaan program keselamatan siber.  Inisiatif-inisiatif ini juga akan menyokong pertumbuhan pusat data baharu, menarik pelaburan-pelaburan teknologi tinggi ke Johor serta memastikan kawasan JS-SEZ mempunyai infrastruktur digital yang kukuh dan pencapaian Internet yang menyeluruh.

Hadir sama adalah YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil Menteri Komunikasi Malaysia, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

———

HRH Tunku Ismail, The Regent of Johor attended the exchange of Memorandum of Understanding Ceremony between the Johor State Government and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) at the Kenanga Hall, Johor Bahru City Council Tower today, 21 April 2025.

Through this collaboration between Johor and MCMC, various new initiatives will be implemented including the development of digital infrastructure, expansion of 5G coverage in strategic areas, expanding Internet accessibility, developing digital literacy among the people and implementing cybersecurity awareness programmes. These initiatives will also support the growth of new data centres, attract high-tech investments to Johor and ensure that the JS-SEZ area has a strong digital infrastructure and comprehensive Internet reach.

Also present were Chief Minister of Johor YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Minister of Communications of Malaysia YB Datuk Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil, Johor State Secretary YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Chairman Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din and Johor Public Works, Transport, Infrastructure and Communications Committee Chairman YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh. Allah Peliharakan Sultan.