Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas perkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Syukur Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat bersama meraikan tiga dekad KPRJ sebagai tulang belakang pembangunan strategik negeri sejak penubuhannya pada tahun 1995. Kejayaan ini menjadi bukti komitmen KPRJ dalam memacu transformasi Johor merentasi sektor prasarana, pendidikan, hartanah, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu.
Sepanjang 30 tahun, KPRJ telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pertumbuhan sosioekonomi negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Peranan strategik ini terserlah melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi yang menyokong aspirasi negeri dan pembangunan lestari, sekaligus meneguhkan kedudukan Johor sebagai negeri maju dan progresif.
Saya turut menyaksikan detik bersejarah buat KPRJ iaitu pelancaran logo baharu, perasmian Bangunan Seri Medini sebagai ibu pejabat korporat yang moden dan mampan, serta pelancaran Coffee Table Book sempena 30 Tahun penubuhan.
Saya berharap ulang tahun ke-30 ini bukan sekadar mengenang legasi KPRJ, tetapi menandakan permulaan fasa baharu. Semoga KPRJ terus menjadi peneraju utama pembangunan Johor yang makmur, inklusif, dan berdaya saing, Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




