Santuni Masjid & Surau dalam DUN Larkin

Alhamdulillah, sejak awal pagi saya dapat menyantuni jemaah dari beberapa surau dan masjid dalam kawasan DUN Larkin.

Usai Program Semarak Subuh Johor DUN Larkin di Surau Taman Suria, saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Taman Dato’ Onn, Larkin serta bersama-sama dalam rutin mingguan agihan #KotakRezeki DUN Larkin kepada jemaah yang hadir di perkarangan masjid.

Malam tadi, saya bersama-sama jemaah Surau Taman Perbadanan Islam (TPI) Stulang Baru menghadiri Majlis Tahlil Perdana sempena menyambut bulan Ramadan al-Mubarak 1446H.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah