Merasmikan Karnival Bukit Kepong Tahun 2025

Merasmikan Karnival Bukit Kepong Tahun 2025 anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN (JPKD) Bukit Kepong. Alhamdulillah program yang bermula awal pagi sehingga malam telah berjaya menarik kehadiran yang sangat menggalakkan.

Pelbagai pengisian diadakan termasuklah Program KEMAS & Yayasan Pembangunan Keluarga & Masyarakat (YPKDT), Jualan Kasih Johor, jualan-jualan usahawan, Eksplorasi Bukit Kepong, Pertandingan Kompang Kreatif, Bukit Kepong Berselawat dan pelbagai hadiah Cabutan Bertuah.

Hadir sama YBhg. Tuan Haji Ismail Mohamed, Pengerusi Yayasan Makmur Muar merangkap Ketua UMNO Bahagian Pagoh bersama barisan kepimpinannya serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Terima kasih Tuan Hj. Ahmad Syar’e, Pengerusi JPKD DUN Bukit Kepong atas jemputan ini.