Medini Got Talent Appreciation Night Season 2/2025
Alhamdulillah berkesempatan menghadiri ke “Medini Got Talent Appreciation Night Season 2/2025” di SK Medini, Iskandar Puteri, malam tadi.
Program ini membuka ruang dan peluang yang luas bagi murid-murid untuk menyerlahkan potensi diri dan bakat dalam pelbagai bidang secara holistik terutamanya bidang seni.
Pendidikan pada hari ini bukan lagi sekadar memberi tumpuan kepada akademik semata-mata, tetapi juga melibatkan pembangunan sahsiah, emosi, dan kemahiran insaniah yang menyeluruh.
Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah. Semoga usaha ini menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain untuk terus berinovasi dalam mendidik dan membentuk generasi muda yang cemerlang khususnya anak-anak Bangsa Johor.