Melawat Kebun Lada milik Pekebun di Bengoh Resettlement Scheme (BRS)

Melawat beberapa Kebun Lada milik pekebun di Bengoh Resettlement Scheme (BRS), Padawan, Sarawak. Diberi peluang melihat teknik penanaman, penjagaan, memetik dan melerai lada dari tangkainya.

Untuk rekod, kawasan penanaman lada negara seluas 8,172 hektar dengan jumlah pengeluaran 31,994 tan. Sarawak merupakan pengeluar terbesar lada dengan keluasan tanaman 8,015 hektar dengan pengeluaran sebanyak 31,379 tan. Johor hanya mempunyai keluasan 19.2 hektar dan mengeluarkan 77.5 tan.

Johor meletakkan sasaran penambahan 10 hektar kawasan tanaman lada menjelang akhir tahun 2025 ini. Lada yang dituai dan diproses boleh dijadikan sebagai lada hitam atau lada putih. Jumlah import yang tinggi setiap tahun telah menjadikan komoditi ini amat berpotensi untuk diusahakan dan dimajukan.