Memperkukuh Kepimpinan Akar Umbi Segamat Demi Agenda Maju Johor

Syukur, alhamdulillah. Saya dapat bersama-bersama para pemimpin akar umbi di kawasan Prlimen Segamat, sempena Program Kepimpinan Masyarakat Parlimn Segamat Tahun 2025.

Dalam program ini, saya turut menekankan akan kepentingan dan peranan semua kepimpinan akar umbi dalam usaha untuk menjayakan agenda Maju Johor, dan mengambil maklum akan pelbagai inisiatif-inisiatif kerajaan seperti yang diumumkan oleh YAB Mnteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi dalam ucapan Belanjawan 2025.

Ianya penting agar maklumat tersebut dapat disebarluaskan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh segenap masyarakat yang diwakili.

Kami juga mengadakan perbincangan berkenaan perancangan program-program kemasyarakatan yang akan dilaksanakan selepas ini, termasuk program-program yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Kami beriltizam untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk penduduk dan masyarakat di dalam kawasan yang kami wakili. Insya Allah.

Terima kasih kepada Penghulu Mukim, Ketua Kampung & JPKK, serta kepimpinan UMNO Cawangan dan Bahagian yang komited, terlibat sepanjang berlangsungnya program ini.

Kepada Allah berserah.