Menerima Kunjungan Daripada H.E. Mr K. Shanmugam

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam usaha berterusan memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dua hala antara Johor dan Singapura berlandaskan kepentingan bersama serta kemakmuran serantau.

Syukur Alhamdulillah. Saya berbesar hati menerima kunjungan daripada H.E. Mr K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, Saujana, Johor Bahru.

Perbincangan ini menumpukan kepada perkara-perkara berkepentingan bersama, termasuk kepentingan kestabilan serantau, keselamatan, serta tadbir urus yang berkesan sebagai asas kukuh kepada pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pelabur.

Semoga persefahaman yang terjalin melalui pertemuan ini terus memperkukuh hubungan Johor–Singapura sebagai rakan strategik serantau demi menjamin masa depan Johor yang lebih maju, stabil dan berdaya saing menjelang 2030. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor