Usaha Pemerkasaan Usahawan Peringkat ADUN N50 Bukit Permai
Alhamdulillah, di Peringkat ADUN N50 Bukit Permai, usaha pemerkasaan usahawan telah menunjukkan perkembangan yang sangat menggalakkan. Dengan pelbagai inisiatif dan program yang dirancang, Saya di Pusat Khidmat Rakyat ADUN N50 BUKIT PERMAI berusaha untuk memberi sokongan kepada usahawan tempatan agar dapat meningkatkan kualiti dan daya saing perniagaan mereka.
Salah satu langkah yang diambil adalah melalui penganjuran latihan bagi usahawan baru dan yang sudah berpengalaman dengan pelbagai agensi berkaitan. Di sini, mereka boleh belajar tentang kemahiran pengurusan perniagaan, pemasaran, dan penggunaan teknologi terkini. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan di antara satu sama lain.
Di samping itu, kolaborasi antara usahawan dan Pusat Khidmat Rakyat ADUN N50 BUKIT PERMAI juga menjadi fokus utama. Program yang sering diadakan membolehkan Usahawan ini bersama dalam menyediakan juadah-juadah untuk jemputan dan peserta serta tetamu yang hadir didalam sesuatu program.
Sebagai kesimpulan, pemerkasaan usahawan di DUN N50 BUKIT PERMAI bukanlah sesuatu yang asing. Pelbagai program dan usaha telah dijalankan.
Dengan usaha yang berterusan, diharapkan usahawan tempatan dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan memberi sumbangan positif kepada ekonomi tempatan. Ianya sejajar dengan kehendak Kerajaan Negeri Johor dibawah tadbir urus YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi.
Semua usaha ini perlu dilaksanakan dengan penuh semangat dan kesungguhan agar menjadi kenyataan. Mari kita bersama-sama menyokong dan memajukan usahawan di Bukit Permai!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor