Mesyuarat Bersama Barisan Ahli Jawatankuasa MIC Ledang, Tangkak

Saya telah mengunjungi Tangkak beberapa hari lepas, dan sempat untuk bertemu secara lebih mesra dengan Ahli Jawatankuasa MIC Bahagian Ledang.

Perjumpaan ini bagi mengenali antara satu sama lain serta membincangkan perancangan masa depan dalam memperkasa komuniti India di daerah ini.

Selain membincangkan inisiatif sedia ada, mesyuarat ini turut memberi tumpuan kepada perancangan program jangka panjang yang bakal memberi impak positif kepada komuniti India di Ledang.

MIC Ledang terus berperanan sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan dalam memastikan suara komuniti didengari dan segala usaha pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih efektif.