Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia–Singapura (JMCIM) Ke-17

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia–Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) kali ke-17 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Antara agenda utama ialah peralihan JMCIM kepada Jawatankuasa Menteri Kerjasama Johor–Singapura (JSCMC), yang akan memacu pelaksanaan inisiatif strategik di bawah Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). Pendekatan baharu ini dijangka mewujudkan kerangka kerjasama ekonomi dua hala yang lebih terancang, cekap dan berimpak tinggi.

Mesyuarat turut meneliti pelbagai pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan untuk memuktamadkan hala tuju JS-SEZ, meliputi aspek tadbir urus, struktur kumpulan kerja, potensi pelaburan, serta penambahbaikan pergerakan manusia dan barangan antara Malaysia dan Singapura. Semua ini penting untuk memastikan manfaat JS-SEZ dapat dinikmati secara inklusif oleh kedua-dua negara, khususnya rakyat Johor.

Saya juga berkesempatan hadir ke sesi Hi-Tea bersama delegasi Johor, Malaysia dan Singapura. Sesi santai ini menjadi ruang untuk mengukuhkan persefahaman, membina keyakinan bersama, serta menyelaras pelaksanaan agenda strategik Malaysia–Singapura dalam suasana lebih mesra dan terbuka.

Semoga segala cadangan dan hasil perbincangan yang dibawa di JMCIM terus memperkukuh hubungan dua hala, meningkatkan daya saing ekonomi negeri, dan membawa limpahan manfaat kepada rakyat Johor melalui pelaksanaan JS-SEZ. Insya-Allah.

Turut hadir, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; Mr Chee Hong Tat, Menteri Pembangunan Singapura dan delegasi Singapura; YB Dato’ Haji Asman Shah Bin Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor; serta YB Dato’ Hj. Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman, Ketua Eksekutif, Iskandar Regional Development Authority (IRDA). 

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah  

#BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #IMFCJ #JTDC