Mesyuarat Khas Penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2025 

Alhamdulillah berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2025 bersama pengurusan tertinggi Jabatan Penyiaran Negeri Johor di RTM Johor, Johor Bahru.

Hal ini bertujuan menilai pencapaian semasa dan menetapkan hala tuju baru bagi tahun 2025 yang lebih gemilang.

Saya yakin dan percaya dengan komitmen RTM Johor untuk terus menyampaikan maklumat yang sahih dan relevan kepada rakyat adalah tunjang kepada usaha menjadikan jabatan ini sebagai pelopor utama penyiaran berkualiti khusus untuk Bangsa Johor.