Mesyuarat Kick-Off Jawatankuasa Khas Task Force Isu Bekalan Air dan Tebatan Banjir di Johor
Assalamualaikum dan Salam Maju Johor
Alhamdulillah, selesai menghadiri Mesyuarat Kick-Off Jawatankuasa Khas Task Force Isu Bekalan Air dan Tebatan Banjir di Johor yang dipengerusikan oleh Yang Bahagia Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)
Untuk makluman semua, mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membentangankan status Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (PTBBT) di negeri Johor oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan status Pelaksanaan Projek Bekalan Air Johor oleh pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) serta membincangkan tentang cadangan pembangunan dan tarif air Pusat Data yang diketuai oleh saya sebagai wakil Kerajaan Negeri Johor.
Penubuhan Jawatankuasa Task Force Isu Bekalan Air dan Tebatan Banjir di Johor ini menjelaskan bahawa komitednya Kerajaan Persekutuan melalui PETRA dalam mengambil berat isu banjir serta pengurusan air Pusat Data yang membangun di Johor.
Dengan itu, Kerjaan Negeri Johor menyambut baik kerjasama ini demi mengurangkan isu banjir agar keselamatan rakyat dapat dipelihara selain mengurangkan kesan teruk kepada harta awam serta persendirian. Penyelaraskan pengurusan pembangunan air kegunaan Pusat Data juga dititikberatkan agar tidak membebankan rakyat warga Johor.
Semoga usaha dan kerjasama ini dipermudahkan agar Johor mampu mencapai kemajuan seiring dengan slogan Maju Johor.