Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-270 Di Istana Negara
YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-270 di Istana Negara, hari ini (8 Oktober).
YAM Tunku Idris Iskandar berangkat sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.
Keberangkatan YAM Tunku Idris Iskandar diiringi YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Mesyuarat dipengerusikan oleh DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.




