Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri Ke-147

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-147 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Mesyuarat ini menjadi wadah penting memperkukuh sinergi pentadbiran antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam merencana hala tuju pembangunan negara secara menyeluruh. Perbincangan kali ini menumpukan kepada kemajuan projek pembangunan, kesiapsiagaan menghadapi monsun, serta strategi pelaburan negara yang menjadi tonggak utama kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Melalui platform ini, Johor terus menegaskan komitmen untuk menyelaraskan pelaksanaan dasar dan projek strategik agar manfaat pembangunan dapat dinikmati secara seimbang di seluruh negeri. Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak langsung kepada rakyat.

Semoga segala keputusan dan pelan tindakan yang dipersetujui dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata, membawa kemajuan kepada negeri Johor serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat. Saya yakin Johor akan terus melangkah maju sebagai negeri yang makmur, sejahtera dan berdaya saing. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor