Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Hajjah Mominbi Ahmad Anggullia, Taman Ungku Tun Aminah
Kepada Allah kita berserah.
لاحول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Hajjah Mominbi Ahmad Anggullia, Taman Ungku Tun Aminah, dan kemudian mendengar tazkirah yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Hamid, Amin Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Tazkirah tersebut mengingatkan bahawa hati manusia mudah berubah-ubah, dan untuk kekal istiqamah dalam ketaatan memerlukan usaha yang berterusan, doa yang tulus serta pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Istiqamah hanya lahir daripada hati yang hidup dengan zikrullah dan takut kehilangan kasih sayangNya.
Beliau turut menasihati agar kita memperbanyakkan istighfar, mengingati kematian, memahami kelebihan amalan, serta menanam rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Hati yang sentiasa dibersihkan dengan zikrullah akan tenang, manakala hati yang lalai akan menjadi keras dan jauh daripada rahmatNya.
Rasulullah SAW juga pernah mendoakan umat Baginda pada waktu pagi dengan doa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Sesungguhnya, pagi yang dimulakan dengan solat, zikrullah dan ilmu adalah permulaan yang penuh keberkatan. Semoga Allah SWT mengurniakan kita hati yang hidup, bersih dan istiqamah, agar setiap langkah kita sentiasa menuju reda dan kasih sayangNya. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #SemarakSubuhJohor #GengSubuhMacamJumaat #RapatkanSaf #UMNODuluKiniDanSelamanya




