Modul Digital KrMJ Pemacu Inovasi Pendidikan Johor
Hari ini saya berbesar hati merasmikan Modul Digital KrMJ di SK Sri Tebrau—satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan negeri Johor. Karakter Murid Johor (KrMJ) bukan sekadar program, tetapi asas dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.
Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited memastikan pendidikan terus maju seiring perkembangan teknologi. Dengan adanya Modul Digital KrMJ, kita membuka ruang pembelajaran yang lebih inovatif, interaktif, dan inklusif, selaras dengan aspirasi Johor sebagai peneraju pendidikan berkualiti di Malaysia.