Peranan LPP & PPK dalam Sektor Pertanian Negeri Johor
Di Johor, terdapat 29 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) & Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), dengan ahli keseluruhan seramai 82,519 orang.
Umumnya, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berperanan untuk memacu Pertubuhan Peladang bagi meningkatkan sumbangan berkesan dalam sektor pertanian dan agromakanan negara, dan seterusnya melahirkan komuniti peladang yang produktif.
Pada tahun 2024, prestasi pengeluaran Agromakanan Negeri Johor di bawah LPP juga mencapai tahap cemerlang dengan nilai pengeluaran keseluruhan agromakanan tahun 2024 mencecah RM24.9 juta. Ia merangkumi pelbagai pelaksanaan aktiviti berteraskan industri ruminan, unggas (ayam), tanaman buah-buahan, sayuran-sayuran, akuakultur dan industri asas tani (IAT).
Untuk rekod pencapaian lain, hasil laporan keseluruhan jualan kelapa sawit LPP yang diusahakan oleh PPK/PPNJ pada tahun 2024 adalah berjumlah RM292.5 juta.
Semoga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan pertubuhan peladang terus berperanan secara aktif dalam menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dan agromakanan negeri Johor dan Malaysia. Ini seterusnya akan memberi manfaat kepada ahli-ahli peladang yang terlibat.
Terima kasih kepada Pengarah LPP Negeri Johor , YBrs. Encik Amiruddin Haji Bahar dan para pegawai, serta Pengurus Besar PPNJ yang baharu, Encik Mohd Faizal Hailani atas sesi perjumpaan ini.
Sesi perjumpaan berkala pada kali ini bertujuan bagi melaporkan prestasi kemajuan projek-projek pembangunan LPP Negeri Johor sepanjang tahun 2024, serta berkongsi pandangan dan halatuju fokus pembangunan tahun 2025.